Wednesday, November 2, 2011

Resaikal bin

PADAMKAN

aku suke berjalan di atas pasir tepian pantai
sebab bagi aku
bile aku berjalan diatas pasir itu
tapak yang terjadi akan dipadam dengan air laut
sedalam mane pun tapak itu akan tetap terpadam
dan padam itu aku perlukan sekarang ni

tuhan tolong aku padamkan
aku tahu cinta itu buta
dan aku percaya cinta itu boleh dicreate dan di resaikelbin
dan aku mohon padamkan tuhan
aku tidak mahu jiwa ini pergi padanya
kerna aku tahu beliau benci aku.

beliau yang aku maksudkan punya erti dalam hidup
peneman bicara
pendorong jiwa
pemuas nafsu
pemain cinta
dan kalau selipun aku hendak jatuh cinta bersama beliau
tuhan tolong jauhkan
sebab aku takut aku akan berlebih-lebihan
aku sayang beliau

aku bingar sama jiwa ini
memberontak mahu pergi padanya

aku pohon
aku minta

PADAMKAN

dan kalau aku ditemukan kembali bersama beliau
aku pohon rasa sayang padanya akan hilang

*pandang syiling*