Sunday, October 28, 2012

perasan bagus

oleh sebab kita merasa bagus,
kita enggan duduk semeja dgn orang-orang yang kita anggap rendah,
kita enggan borak dengan mereka yang punya pekerjaan hina,
cleaner, pelayan kedai makan, penjaga parking, pakguard, penjual kuih muih dll.

sebb kita rase die bukan level kita,
jangan sebab kita punya pekerjaan yang bagus,
kita jadi sombong,
sungguh ! ramai yang sebegini.
JANGAN SOMBONG kawan.....
 
semua orang mulia,
jangan terlalu pandang hina walau kau berharta,
itu semua belum tentu.
firman ALLAH SWT :
"dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam"
-surah al-isra' 17:17-

boleh jadi mulia tak bagus disisi kita,
tapi bagus dia mulia disisi ALLAH,
husnuzzon.
dalam satu riwayat,
"aku melihat seseorang membunuh orang lain.
bolehkah kau berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?"
ibnu al-mubarak berkata.
"perasaan itu lebih berat daripada dosa orang itu"

kawan,
baru dapat kerja kerajaan,
tu pun pangkat paling bawah,
bukan perdana menteri,
jangan sombong sangat.
geli orang macam ni.
 
okay.
 *senyum*

Saturday, July 28, 2012

aurat

apa kata kita pakat2,
bulan ramadhan ni DP atau pic semua tutup aurat,
sy tau mst ada yg bgtau budak tutup aurat pun kadang2 lgi sundal,
takpe,
saya terima.

mungkin,
ini 1 cara untuk kamu berubah lebih baik,
kalau tak pun,
hormatilah bulan ramadhan.
*senyum*

Thursday, July 19, 2012

ramadhan

semoga ramadhan kali ini menjadi nilai tambah untuk masuk syurga,
kata seorang ahli agama,
minta lah maaf sesama manusia sebelum datangnya ramadhan,
kerna biar tiada pahala yg tersekat untuk sampai ke langit kerna dosa sama manusia,
biar ramadhan nnt hubungan kita sama ALLAH lebih sempurna amalannya.
"hablumminallah wa hablumminannas"
untuk kawan-kawan,

ramai yang pernah aku sakitkan jiwanya. ramai yang pernah aku singgungkan rasanya.
pada yang aku sedar,
sempat aku panjangkan pada mereka ikhlas maaf aku.

selamat menyambut ramadhan,
kawan2 dan sahabat sembunyi2,
sangat maaf aku minta,
selamat.

*senyum*

Monday, May 14, 2012

pengemis

hai pengemis kejam,
sejak kebelakangan ini,
banyak kes curi di kampung aku,
ragut di bandar.
yang berkeringat bertahun-tahun kumpul wang,
habis.

orang kampung yang susah, kasihan mereka,
sangat-sangat,
cukup la merangut dan jangan sambil membunuh,
sakit bang,

wahai pengemis yang kejam,
kamu ada tenaga untuk masuk pecah rumah orang,
kamu ade tenaga menarik beg orang,
kenapa tak gunakan tenaga kamu untuk yang halal,
wahai pengemis yang kejam,
kalau kau terbaca,

aku doakan kau berbahagia dengan harta yang sekejap,
di akhirat nanti kita lihat macam mane.
huhu.
*haih*

Thursday, April 12, 2012

adam dan hawa

ala....
dalam pada masa kita kaum adam berkempem mahu turunkan harga hantaran,
kaum hawa sibuk pula menaikkan harga hantaran,
macamni,
kalau kaum hawa tak mahu di beri hantaran bawah 10ribu,
kita kaum lelaki mogok takkan bernikah dengan dia,
amacam ade bran?
hahahaha..
kita tengok kaum mane yang merayu..
haha

Friday, March 30, 2012

syurga

jangan la risau,
syurga itu luas kawan,
tak perlu nak halau orang lain untuk ke neraka,
kau bukan tuhan,
 *hmmm*

Friday, March 23, 2012

masalah

*hela nafas berat*
setiap apa yang pernah,
pasti akan berubah,

betul la kata orang,
manusia yang bahagia pun bukan selalu memiliki yang terbaik dalam hidup dia,
tapi die berusaha untuk menjadikan setiap yg datang dlm hidup dia lebih bahagia.
bukan semua orang kaya itu bahagia,
bukan semua orang cantik/hensem itu bahagia,

kadangkala kita lihat dia makan nasi dgn telur penuh selera,
kita di hidangkan dgn penuh macam hidangan tapi x selera,
kadangkla kita lihat die tidur di tilam yg buruk tapi nyenyak,
kita tidur di tilam mahal tapi susah nak tidur,
moga setiap ape yang hadir menjadikan kita lebih bahagia,
kata aa gym,
"masalah bukan masalah, tapi cara kita menyelesaikan masalah, itu lah masalah"

*senyum*