Wednesday, November 2, 2011

Resaikal bin

PADAMKAN

aku suke berjalan di atas pasir tepian pantai
sebab bagi aku
bile aku berjalan diatas pasir itu
tapak yang terjadi akan dipadam dengan air laut
sedalam mane pun tapak itu akan tetap terpadam
dan padam itu aku perlukan sekarang ni

tuhan tolong aku padamkan
aku tahu cinta itu buta
dan aku percaya cinta itu boleh dicreate dan di resaikelbin
dan aku mohon padamkan tuhan
aku tidak mahu jiwa ini pergi padanya
kerna aku tahu beliau benci aku.

beliau yang aku maksudkan punya erti dalam hidup
peneman bicara
pendorong jiwa
pemuas nafsu
pemain cinta
dan kalau selipun aku hendak jatuh cinta bersama beliau
tuhan tolong jauhkan
sebab aku takut aku akan berlebih-lebihan
aku sayang beliau

aku bingar sama jiwa ini
memberontak mahu pergi padanya

aku pohon
aku minta

PADAMKAN

dan kalau aku ditemukan kembali bersama beliau
aku pohon rasa sayang padanya akan hilang

*pandang syiling*

Friday, October 21, 2011

R.U.S.S.I.A

Russia,
aku nak pergi sane.
kepingin.teringin.mengidam.kempunan.
Tuhan. bagi la aku jejak tanah MU yang bergelar RUSSIA.
tapi kalau boleh nak bawa jodoh aku sekali. HIHI
haih..sape la wanita masa hadapan aku ni.
*senyum*

Kata-kata

Haih..
bg aku orang paling penat dalam dunia adlah mereka yg suke bercerita,
menjaja sana sini, lemparkan kata-kata pada setiap sudut,
dan memang KATA-KATA sebenarnye adalah kekuatan seseorang,
dengan kata-kata mcm2 pkre akan trjadi,
dengan kata-kata ramai kekasih kau ada,
dengan kata-kata kau boleh buat orang mengiyakan kata kau,
dengan kata-kata kau dapat kerja lebih bagus,
tp kadangkala susahsakit jadi sang kata-kata.
sebab kau lidah brcabang dua. kene hafal cerita yg sama setiap hari.
kalau salah cerita pada org yg berbeza2 boleh kene pecah kepala.
*geleng kepale*

Wednesday, June 1, 2011

Telan menelan

Ramai orang cakap aku ni pelik, ade saka, dan yang paling dasyat diorg panggil aku DEWA..!
dengan perangai aku yang suke menyendiri, tak mahu ikot kawan2, suke bau cagu kaki *yerkkk* hahaha
bagi aku bau adalah penting dalam hidup, setiap bau mengingatkan aku pada sesuatu perkara.
dalam entry lain aku cerita pasal bau..hihi
banyak benda aku tak telan dalam dunia ni,
aku tak makan daging lembu, telur, sayur, belacan, petai dan macam2 lagi..lg satu TAUGEH.. hahaha
diorang cakap kau ni banyak pantang larang,hihi
Gile aku nk makan menatang2 ni, maunye muntah2 aku..
tak boleh la, aku memang tak boleh telan benda2 ni,
sebelum kau makan sesuatu, aku kne mengikut kata 3 element ini.
1-tekak
2-perut
3-hati

Situasi 1, terhidang kuih karipap, aku da kenyang makan nasi tadi.
karipap tu memang sedap sangat. so..
1- tekak kata "ya"
2-perut kata "tak mau"
3-hati kata "tak mau"
konklusinya = tak telan.

Situasi 2, penat berkerja panas, air epah hijau 3 gelas, nasi 3 suap nasi.
dalam situasi ini.so..
1-tekak kata "ya"
2-perut kata "ya"
3-hati kata "ya"
konklusinya ketiga2 kata "ya". apelagi telan..! hahaha

Aku tersangat la memilih dalam menelan makanan ni.
lagi2 masakan mamak, memang aku tak dapat telan, hey... roti canai melayu lagi sedap la manggkuk...!!! hahaha
aku lagi ske makan apam balik cicah dengan milo.. sedap teruk...! hahahaha
dlm 1 hari tu, akan akan makan buah buahan saja, pisang limau epal tembikai jagung dan mangga.. baru sihat..haha

Kalau sape jadi bini aku memang mudah la kerja masak memasak die.
*senyum*

Sunday, May 1, 2011

kawan

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

tapi mugkin aku terlalu mengagungkan sifat kawan aku,
mungkin dulunye aku menganggap die seperti malaikat,
aku mengumpat kebaikan yang die lakukan,
dia memang kawan yang baik, susah aku dan die bersama,
serius, memang die, tapi itu mungkin dulu,
zaman menonton wayang waktu pagi, 1230 pagi dengan kenderaan berjalan kaki,
5 kilometer jauhnye.
tapi tu dulu, sekarang sudah mencari duet sendiri,
aku pun tak tahu diantara sifat aku yang cepat kecil hati atau die yang dah berubah,
silap aku terlalu agung2 kan die pada teman lain aku,
yang die hebat.

aku belajar sesuatu yang "jangan terlalu memuji seseorang",
bila kita memuji,kita akan menanggap dia suci,
bila dia lakukan kesilapan, dan kita akan mempersoalan kesucian dia,
"tak de la baik sangat dia tu"

aku ada kawan, mungkin dunia merubah aku ngan dia,
mungkin disini dia jumpa lebih ramai kawan yg boleh berjalan kaki 5km tuk menonton wayang.
mungkin dia dah jumpa kawan yang menangis untuk dia,
mungkin dia da matang, bosan dengan aku yang budak2,

mane sebutan kata2 manis dulu,
aku rindu kita dulu, mungkin kau semakin kurang selesa dengan aku,
yang penting kau semakin berubah,
dulu kita seperti adik dan abang, susah sama2.
sekarang kau lain,
cerita tentang ilmu dunia kau berbeza dengan dulu,
cerita tenang ilmu akhirat kau berbeza dengan dulu,


kau kejar salah satu itu,
kau semakin dewasa, dan dewasa kau semakin ego.
kata2 yang dulu kita boleh berbincang,
tapi kini kau sangkal, ko hebat..!ye..
atau mungkin aku yang bersalah. maaf kawan.
itu lah masalah bila berkawan baik,
makin susah di tegur,takut kecil hati,
kawan yang baik kan menjaga hati kawan.

kawan,
kawan yang baik, pabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah...
Mendengarkan kata2 nya, menambahkan ilmu...
Terlihat gerak-gerinya, meninggikan takut kita kepada Allah...
Berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah..

mungkin aku bukan.

Sunday, February 6, 2011

tuhan

kadangkala kita lupa dia,
dia sebenarnye yang penting dalam hidup,
tanpanya,
aku lupa hari ini nak menyatakan yang aku sayang tuhan aku ALLAH,
tuhan,maafkan aku yang selalu lupa padaMU,
aku sayang sangat,sayang sangat YA ALLAH,
sepatutnya memang tak ada tuhan yang layak di sembah melainkan ENGKAU,
engkaulah maha hebat segalanya,
aku mohon ampun banyak kali, banyak kali ALLAH,
aku pinta nanti kalau di pertemukan AKU dan diriMU,
aku harap sangat-sangat, sangat berharap,
aku berada dalam keadaan yang mulia menghadap padaMU,
tolong tuhan,
aku sayang padaMU.
ampunkan aku.
aku lah sehina-hina manusia.